Ahad, 5 Ogos 2012

KENAPA PERLU TEPUK-TEPUK TEMBIKAI SEBELUM BELI?

http://cikmin.com/wp-content/uploads/2010/03/Tembikai2.jpg


Hairan juga asal nak beli buah tembikai je, mesti nampak semua orang menepuk-nepuk buah tembikai tersebut. Jangan cakap yang tua, dewasa, wanita, mak cik, pak cik, malah kanak-kanak pun saya lihat bila nak ambik buah tembikai di pasaraya mesti nak ditepuk-tepuk buah tu?

Apa rahsianya? Adakah dengan menepuk buah tembikai seolah-olah kita mengetahui isi kandungannya baik di dalam?Atau hanya terikut-ikut perlakuan orang lain? Antara tips yang saya jumpa bab membeli buah tembikai ini setelah saya membuat carian di internet ialah;
  • Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin. Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, dan buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah.
  • Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air.
  • Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu. Sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya. (patutlah, ramai yang menepuk-nepuk?)
NOTA: Dan yang ini tip dan cara terakhir yang selalu saya gunakan kalau beli tembikai di luar. Untuk memastikan buah tersebut masak elok dan cantik,  suruh je pak cik atau mak cik yang jual buah tu belah dua buah tembikai. Tak boleh nak rasa masa bulan puasa nih, tak pasal-pasal batal pulak puasa tu kan? Jadi main agak-agaklah bila dah tengok isinya tu. Buah tembikai sekarang tengah murah di pasaran, hanya 0.90 sekilo sahaja kalau di kawasan Ampang sekarang ini.

1 ulasan:

Zulkbo zulkboCom berkata...

salam..
buah tembikai sedap di makan
tapi tak mudah juga nak membelinya kan..?