Sabtu, 8 Jun 2013

RESEPI KEK COKLAT MOIST


Gambar: Homemade Chocolate Moist.

Bahan-bahannya:
4 biji telur (gred A)
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 1/4 cwn tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil baking powder*
*bahan-bahan tersebut perlu diayak terlebih dahulu ye

Cara-caranya:

Pukul telur bersama gula hingga kembang.Guna whisk je pon boleh.
Dah kembang masukkan susu pekat, minyak dan susu cair. 
Dah sebati masukkan bahan-bahan yang dah diayak tadi ye. 
Kemudian masuk dalam bekas yang hendak dikukus dan kukus. 
 

*Perlu dingatkan jika kecil bekas tersebut maka kejap dalam 15 minit atau setengah jam, tapi jika sepenuhnya 1 bancuhan itu dalam 1 bekas, maka kukus dalam 1 jam setengah ye...pastikan jangan buka-buka pengukus semasa sedang masak*

Topping :

200 gm choc.compound (boleh juga guna cooking choc.biasa ya)
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar minyak masak 


Cara : 
Campur semua bahan Topping dan masak dalam periuk non-stick lebih bagus sebab nanti ia tak melekat dan tak hangus..
 
SELAMAT MENCUBA!

1 ulasan:

NAJIHAH MISKAM berkata...

sedap nya.. gulp!


nak cantik?? lepak lar blog jiha..
http://storyjiha.blogspot.com/