Ahad, 11 Januari 2015

Keunikan Aiskrim Pasu Bunga di Jonker Walk, Melaka

aiskrim pasu bunga4

Anda pernah singgah ke Jonker Walk di Melaka?
Jonker Wall merupakan tempat ala-ala Petaling Street di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai barangan unik dan menarik boleh didapati disana. Kebiasaannya, pelancong gemar ke Jonker Walk bagi mendapatkan cenderahati seperti keychainfridge magnet dan sebagainya.
Namun, terdapat satu makanan lain daripada yang lain di Jonker Walk, iaitu aiskrim pasu bunga!
aiskrim pasu bunga2
Jika sekali lihat anda tentu tidak percaya bahawa ‘pasu bunga’ tersebut boleh dimakan. Perisa aiskrim boleh dipilih mengikut citarasa anda dan ia diletakkan di dalam pasu bunga, kemudian ditabur serbuk oreo dan diletakkan daun pudina di atas bagi menampakkan kesan seperti tanah dan pokok.
aiskrim pasu bunga3aiskrim pasu bunga
Harganya pula adalah RM5 untuk pasu kecil dan RM7 untuk pasu besar.
Menarik, bukan? Penulis sendiri pun terasa ingin mencubanya.
Sumber gambar: http://nadzirahata.blogspot.com/ dan Facebook.

7 ulasan:

CintaHati Lina berkata...

waa...papegi ni saya bw semua makanan yang sedap2 tau.. kat sini askrim unic dan nampak sedap la pulaaaa... harus ke sini bila turun kl ni.

Farrah MF berkata...

Glamer betul aiskrim pasu ni skrg :)

Sayangku Zie berkata...

alahai haritu pergi tak perasan aiskrim ni... kalau tak mesti cuba dah... huhu

Cempakamelati berkata...

Memang menarik ni. Tempat ni kat mana ya??

nur anis berkata...

pemes askrem ni sekarang,...

Myra Jay berkata...

Memang viral eskrem ni sekarang kan...

Tengok sebijik macam pasu bunga..hehee

E'in berkata...

kat jb pun dh ade.. :)