Ahad, 15 Februari 2015

Resepi Coklat Truffles

http://3.bp.blogspot.com/-8bp7rF5ljrQ/VN2hXw20JkI/AAAAAAAABoM/dwiuxsNvLr0/s1600/Chocolate-Truffles.jpg 

 

Jom cuba resepi mudah coklat Truffles yang dipetik daripada Simply Recipes.

Bahan-bahan:
180gram gula ising
60gram krim keju
100g coklat masakan kurang manis
Serbuk koko


Cara menyediakan:
1. Campurkan gula ising dan krim keju, kemudian gaul rata kedua-dua campuran tersebut.
2. Cairkan coklat masakan dengan mengunakan cara double boiler. Setelah cair, biarkan sejuk     seketika.
3. Campurkan adunan gula dan krim keju tadi  bersama cokolat yang sudah dicairkan. Gaul sebati.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan ambil sedikit adunan dan di uli menjadi bulat seperti biji guli yang besar.

6. Gulingkan dan salutkan bebola yang di bentuk tadi didalam serbuk koko.
7. Sejukkan semula di dalam peti sejuk sebelum di makan.

Mudah sahaja. Selamat mencuba!

[Sumber Foto: Aromara]

0 ulasan: