Selasa, 10 Februari 2015

Talam keladi juadah istimewa minum petang



Walaupun pada masa kini terdapat banyak juadah-juadah baru seperti kek cawan, brownies dan banyak lagi menjadi kegemaran, namun kuih-muih tradisional juga masih digemari.

Antaranya talam keladi yang sentiasa menjadi menu istimewa ketika minum petang.

Bahan A:
180 gm tepung beras
240 gm gula pasir
250 ml santan
250 ml air
250 gm perisa keladi
100 gm keladi - dipotong dadu dan direbus

Bahan B:
120 gm tepung beras
250 ml air
1 camca besar tepung jagung
Sedikit garam

Cara Membuat :
• Campurkan kesemua bahan A kecuali keladi yang dipotong dadu. Kacau hingga rata dan pekat di atas api sederhana. Kemudian masukkan keladi yang telah dipotong. Gaul rata.
• Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit.
• Untuk bahagian atasnya pula, campurkan semua bahan B dan kacau hingga pekat di atas api sederhana.
• Angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah diisi adunan yang telah siap dikukus.
• Kukus lagi selama 20 minit.
(Pastikan adunan dikacau sentiasa bagi memastikan adunan rata dan tidak berketul).

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

 [Sumber foto: nieda78]


1 ulasan:

Khai♥Rin : anies berkata...

my all time fav. kalu dpt berkeping2 sy mkn ;-)