Selasa, 3 Februari 2015

Tiramisu Kastard

Tiramisu Kastard

Bahan:
Biskut kraker(biskut tawar)
Milo (untuk tabur)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat

6 sudu besar tepung kastard
1 cawan air
Cara :
1. Masak susu cair, susu pekat, tepung kastard dan air.
2. Kacau sampai likat di atas api yang perlahan.
3. Susun biskut kraker dalam bekas.
4. Bila dah likat, tuang semua adunan tadi.
5. Akhir sekali tabur milo.
Siap! Boleh biarkan sejuk dan masuk dalam peti ais. Sedap makan sejuk sejuk. Ok Queenpink nak ingatkan biskut kraker tu kalau boleh letak bagi penuh bekas sebab kalau tak penuh nanti kastard tu macam cair sikit. Tak sama mcm kita guna cream cheese.
Tiramisu biskut kraker memang sedap. Simple je kan.Queenpink memang suka dengan resepi yang simple sebab Queenpink pun simple je. Okay, Selamat mencuba.

 

1 ulasan:

ezyra daniel berkata...

macam sedap je..