Ahad, 14 Jun 2015

5 AKAUN ASAS DALAM BISNES ORANG CINA

Satu daripada 7 Peribahasa masyarakat Cina dalam bisnes ialah "SEMAK AKAUN SETIAP HARI". Jika tidak, esok bisnes masalah!
Maka 5 'BUKU' AKAUN dalam bisnes mereka ini ialah:
1. AKAUN JUALAN TUNAI
◆ TARIKH / JENIS PRODUK / BAYARAN yang diterima mesti direkodkan dengan tepat
◆ Sebelum 'tutup kedai', semak jumlah duit dalam peti duit samada jumlahnya sama atau tidak dengan rekod jualan ini.
2. AKAUN JUALAN HUTANG
◆ TARIKH / JENIS PRODUK / HARGA / TARIKH AKAN BAYAR / NAMA / ALAMAT / NO.TEL / TANDATANGAN si penghutang mesti jelas tertera
◆ Boleh juga dibuat pada buku resit tetapi resit jangan diberi terlebih dahulu sehingga bayaran selesai.
3. AKAUN BELIAN TUNAI
◆ TARIKH / JENIS BELIAN / HARGA / PEMBEKAL mesti dicatat.
◆ Tiada duit tunai yang keluar dari peti duit boleh terkecuali daripada rekod ini
4. AKAUN BELIAN HUTANG
◆ TARIKH / JENIS BELIAN / HARGA / PEMBEKAL / TARIKH AKAN BAYAR direkodkan dengan jelas.
◆ Tandakan setiap bayaran yang telah dibuat berdasarkan tempoh kredit yang dibenarkan. Ini penting supaya pembekal percaya dengan kita
5. AKAUN BANK / CEK
◆ TARIKH / PENERIMA @ DITERIMA /JUMLAH / ULASAN tentang sebab cek itu diberi atau diterima.
◆ Cek yang dibuka mesti ditolakkan terus dengan baki akaun di dalam bank. Ini bagi mengelakkan terkeluarnya cek tendang.
..
Gambar menunjukkan contoh Akaun Jualan Tunai terdahulu sebelum saya menggunakan Microsoft Excel.
Harap bermanfaat buat perniagaan sahabat semua..

1 ulasan:

QasehnyaRania berkata...

betul tu
akaun